Tuesday, 15 March 2016

Perbandingan Kelebihan Penggunaan Baja Bio-Orgnanik BioCrops dan Baja Kimia


PERKARA
BAJA KIMIA
BAJA BIOORGANIK ‘BioCrops’
KOS
§  Tinggi
§  Rendah
NISBAH N:P:K
§  20 hingga 60%
§  sekitar 14%
NUTRIEN
§  Pecahan Tiga nutrien perlu yang seimbang :
Nitrogen,Fosforus, Kalium
§  Pecahan kepada Makro dan Mikro Nutrien penting yang lebih seimbang dan diperlukan oleh pokok

KADAR PRODUKSI
§  Membekalkan nutrien secara serta merta
§  Membekalkan nutrien secara perlahan-lahan
PENGHASILAN
§  Dihasilkan menggunakan bahan kimia sintetik
§  Dihasilkan secara semulajadi menggunakan bahan organik.

KELEBIHAN
§  Diperkaya dengan kandungan nutrien yang seimbang yang diperlukan untuk tumbuh-tumbuhan
§  Mampu membekalkan nutrien yang diperlukan secara serta merta bergantung kepada situasi.
§  Mengaktifkan pertumbuhan hidupan perosak lain seperti parasit di pokok sawit iaitu Ganoderma
§  Membekalkan nutrien semulajadi kepada tanah.
§  Meningkatkan bahan organik didalam tanah.
§  Menambahbaik dan menggemburkan struktur tanah.
§  Menambahbaik keupayaan memegang air.
§  Mengurangkan masalah hakisan.
§  Berupaya mencegah parasit di ladang sawit seperti Ganoderma.

KEKURANGAN
§  Kebanyakan baja kimia mempunyai kandungan asid yang tinggi.
§  Membekalkan nutrien secara perlahan.
§  Nutrien yang dibekalkan jauh lebih baik dan penting untuk tumbesaran pokok dan kesuburan tanah.

RISIKO KEPADA PENGGUNA
§  Memerlukan kawalan keselamatan
§  Memudaratkan kesihatan
§  Selamat dan tidak memudaratkan kesihatan

Monday, 14 March 2016

Kebaikan & Kelebihan Baja BioCrops



BioCrops mengandungi pelbagai kombinasi pelbagai bahan organik , asid amino, EM dan hormon penggalak yang terbaik dicampurkan dalam proses penghasilan baja BioCrops ini. Antaranya ialah:-

  • Ekstrak lendir dan sisa buangan cacing
  • Hormon penggalak pendebungaan, akar, daun dan buah
  • Hormon XXL
  • Asid amino ikan
  • Asid humic
  • Auksin, giberelin dan sitokinin
  • Microorganisma baik


Faktor kesesuaian kombinasi ulung inilah yang menjadikan BioCrops sangat sesuai digunakan untuk semua tanaman dan mempunyai kadar keberkesanan yang tinggi. BioCrops merupakan baja bio-organik cecair yang dikategorikan bergred tinggi di dalam kelasnya. 

Antara kebaikan baja Biocrops adalah:-
  • memulih dan menyuburkan pokok dan tanah
  • mengurangkan risiko serangan penyakit
  • mengurangkan kos pembajaan
  • membantu sistem pendebungaan dan fotosintesis
  • meningkatkan saiz daun, bunga dan buah
  • mempercepatkan kadar percambahan dan pertumbuhan tanaman

Saturday, 12 March 2016

Tanaman Yang Pernah Dibajakan Dengan BioCrops









































Cara & Kekerapan Membaja BioCrops


JENIS TANAMAN
CARA & KEKERAPAN PENGGUNAAN
Tanaman Kelapa Sawit, Mangga, Rambutan, Durian
Campurkan 2 Liter Bio-Organik dengan 18 Liter air bagi setiap tong penyembur. (Nisbah 1:10)

Anggaran setiap penyemburan 1 tong penyembur untuk ½ ekar ( 1 ekar = 4 Liter Bio-Organik )

Semburkan Bio-Organik disekeliling pangkal pokok dan tanah sekelilingnya

Gunakan Bio-Organik setiap 3 bulan sekali @ terbaik 2 bulan sekali.
Tanaman Getah
Campurkan 1 Liter Bio-Organik dengan 18 Liter air bagi setiap tong penyembur. (Nisbah 1:20)

Anggaran setiap penyemburan 1 tong penyembur untuk 20 pokok ( 1 ekar = 6 Liter Bio-Organik )

Semburkan Bio-Organik disekeliling pangkal pokok dan tanah sekelilingnya

Gunakan Bio-Organik setiap 3 bulan sekali @ terbaik 2 bulan sekali.
Tanaman Koko, Kopi, Pisang
Campurkan 1 Liter Bio-Organik dengan 18 Liter air bagi setiap tong penyembur. (Nisbah 1:20)

Anggaran setiap penyemburan 1 tong penyembur untuk 50 pokok

Semburkan Bio-Organik disekeliling pangkal pokok dan tanah sekelilingnya

Gunakan Bio-Organik setiap 3 bulan sekali @ terbaik 2 bulan sekali.
Tanaman Jangka Pendek @ Tanaman Kontan seperti Jagung, Kacang Tanah, Keledek, Keladi, Ubi, Buah Naga, Tembikai, Nanas, Tebu dan lain-lain.

Sayuran Berbuah seperti Cili, Tomato, Terung, kacang Panjang dan lain-lain.
Campurkan ½ Liter Bio-Organik dengan 18 Liter air bagi setiap tong penyembur. (Nisbah 1:30)

Anggaran setiap penyemburan 1 tong penyembur untuk ½ ekar

Semburkan Bio-Organik disekeliling pangkal pokok dan tanah sekelilingnya

Gunakan Bio-Organik setiap 2 bulan sekali @ terbaik 1 bulan sekali.
Sayuran Hijau seperti Sawi, Kangkung, Kobis, Bayam, Kailan, Salad dan lain-lain.

Semua Jenis Bunga Termasuk Orkid
Campurkan ½ Liter Bio-Organik dengan 18 Liter air bagi setiap tong penyembur. (Nisbah 1:30)

Anggaran setiap penyemburan 1 tong penyembur untuk ½ ekar

Semburkan Bio-Organik disekeliling pangkal pokok dan tanah sekelilingnya

Gunakan Bio-Organik setiap 1 bulan sekali @ terbaik 2 minggu sekali.
Tanaman Padi, Tembakau, Gandum
Campurkan ½ Liter Bio-Organik dengan 18 Liter air bagi setiap tong penyembur. (Nisbah 1:30)

Semburkan Bio-Organik diawal pembenihan padi dan seterusnya pada umur pokok padi 30, 45, 60 & 75 hari sehingga padi dituai.

3 Liter Bio-Organik untuk satu relong@ 3 ekar
Tanaman Hidroponik & Florikultur
Campurkan ½ Liter Bio-Organik dengan 18 Liter air bagi setiap tong penyembur. (Nisbah 1:30)

Anggaran setiap penyemburan 1 tong penyembur untuk 1 ekar

Semburkan Bio-Organik pada untuk daun/bunga

Gunakan Bio-Organik 2 minggu sekali @ terbaik seminggu sekali
Tanaman Rumput Turf
Campurkan 1 Liter Bio-Organik dengan 18 Liter air bagi setiap tong penyembur.( Nisbah 1:20)

Anggaran setiap penyemburan 1 tong penyembur untuk 1 ekar
Tanaman Lada Hitam
Campurkan 200 ml Bio-Organik dengan 18 Liter air
Bagi setiap tong penyembur. (Nisbah 1:100)

Anggaran setiap penyemburan 1 tong penyembur untuk 1 ekar

Gunakan Bio-Organik 2 minggu sekali


Baja Bio-Organik Cecair BioCrops


Baja cecair bio-organik yang diedarkan oleh SOC adalah baja cecair asli tanpa sebarang penambahan bahan kimia yang dihasilkan melalui pengestrakan kompos cacing beserta lembapan atau lendir yang terdapat pada cacing.

Baja cecair bio-organik BioCrops adalah baja cecair yang berfungsi menggantikan baja kimia dalam aktiviti pembajaan pokok kelapa sawit yang mana ianya memberi nilai tambah dan kepelbagaian pada tumbesaran pokok dan juga penghasilan buah kelapa sawit yang berkualiti tinggi.

Baja ini juga sesuai untuk semua jenis tanaman, termasuklah sayur-sayuran, bunga-bungaan dan juga tumbuhan renek. Baja ini dibuat untuk membantu pengusaha dan pekebun tidak mengira skala walau kecil atau besar untuk mengurangkan kos dan juga meningkatkan hasil keluaran tanaman disamping menjaga tanaman dan struktur tanah untuk jangka masa panjang.

Penggunaan baja cecair organik ini dapat mengekalkan nutrien dalam tanah serta membantu penyerapan nutrien oleh pokok dengan proses penguraian nutrien dalam tanah secara semulajadi dengan bantuan mikro organisma baik yangtidak merosakkan tanaman. Proses ini juga dalam masa yang sama menstrukturkan dan menggemburkan tanah untuk pengudaraan yang baik bagi akar pokok.


Dari segi pasaran sekarang,baja kami sedang digunakan oleh beberapa ladang felda di semenanjung untuk tanaman kelapa sawit. Dan hasil yang dikeluarkan sangat memberangsangkan. Manakala bagi tanaman renek pula sedang rancak digunakan di Kelantan.

Pengenalan Syarikat

     


Selamat datang ke laman blog Sabah Organic Centre (SOC). Kami mengalu-alukan kunjungan anda semua dengan hati yang terbuka. 

SOC adalah syarikat milik penuh bumiputera yang memproses, membekal dan mengedar baja bio-organik jenis cecair melalui kaedah teknologi vermikompos beserta campuran EFB, POME dan juga beberapa jenis bakteria baik yang terpilih yang mampu merangsang pertumbuhan dan pengeluaran hasil tanaman.

SOC merupakan sebuah syarikat gabungan Semenanjung Malaysia dan Borneo berada di Kota Kinabalu, Sabah. Syarikat SOC telah menetapkan satu standard baru untuk dicapai iaitu prestasi korporat, produk berkualiti yang boleh dipercayai dan perkhidmatan konsultan teknikal yang bertaraf dunia.

MISI : Menyediakan keperluan untuk pengguna dalam semua aspek melalui bidang perniagaan dan perkhidmatan pertanian.

VISI : Menjadi salah satu syarikat terkemuka di Malaysia dalam menyediakan keperluan dan perkhidmatan terus kepada pengguna