Selamat datang ke laman blog Sabah Organic Centre (SOC). Kami mengalu-alukan kunjungan
anda semua dengan hati yang terbuka.
SOC adalah syarikat milik penuh bumiputera yang memproses, membekal dan mengedar baja bio-organik jenis cecair
melalui kaedah teknologi vermikompos beserta campuran EFB, POME dan juga
beberapa jenis bakteria baik yang terpilih yang mampu merangsang pertumbuhan dan pengeluaran hasil tanaman.
SOC merupakan sebuah syarikat gabungan Semenanjung Malaysia dan Borneo berada di Kota Kinabalu, Sabah. Syarikat SOC telah menetapkan satu standard baru untuk dicapai iaitu prestasi korporat, produk berkualiti yang boleh dipercayai dan perkhidmatan konsultan teknikal yang bertaraf dunia.
MISI : Menyediakan keperluan untuk pengguna dalam semua aspek melalui bidang perniagaan dan perkhidmatan pertanian.
VISI : Menjadi salah satu syarikat terkemuka di Malaysia dalam menyediakan keperluan dan perkhidmatan terus kepada pengguna
No comments:
Post a Comment