Baja
cecair bio-organik yang diedarkan oleh SOC adalah baja cecair asli
tanpa sebarang penambahan bahan kimia yang dihasilkan melalui pengestrakan
kompos cacing beserta lembapan atau lendir yang terdapat pada cacing.
Baja cecair bio-organik BioCrops adalah baja cecair yang berfungsi menggantikan
baja kimia dalam aktiviti pembajaan pokok kelapa sawit yang mana ianya memberi
nilai tambah dan kepelbagaian pada tumbesaran pokok dan juga penghasilan buah
kelapa sawit yang berkualiti tinggi.
Baja ini juga sesuai untuk semua jenis tanaman, termasuklah sayur-sayuran,
bunga-bungaan dan juga tumbuhan renek. Baja ini dibuat untuk membantu pengusaha
dan pekebun tidak mengira skala walau kecil atau besar untuk mengurangkan kos
dan juga meningkatkan hasil keluaran tanaman disamping menjaga tanaman dan
struktur tanah untuk jangka masa panjang.
Penggunaan baja cecair organik ini dapat mengekalkan nutrien dalam tanah serta
membantu penyerapan nutrien oleh pokok dengan proses penguraian nutrien dalam
tanah secara semulajadi dengan bantuan mikro organisma baik yangtidak
merosakkan tanaman. Proses ini juga dalam masa yang sama menstrukturkan dan
menggemburkan tanah untuk pengudaraan yang baik bagi akar pokok.
Dari segi pasaran sekarang,baja kami sedang
digunakan oleh beberapa ladang felda di semenanjung untuk tanaman kelapa sawit.
Dan hasil yang dikeluarkan sangat memberangsangkan. Manakala bagi tanaman renek
pula sedang rancak digunakan di Kelantan.
No comments:
Post a Comment